Mulai tahun 2019, perubahan utama dalam Unit Kokurikulum SMKSP adalah dengan mengadakan latihan rumah sukan pada hari persekolahan iaitu pada waktu pagi bermula jam 7.30 hingga 10.20 am. Hal ini demikian kerana latihan sukan pada sebelah petang tidak sesuai dilakasanakan kerana masalah ketidakhadiran pelajar.
Bermula 11 dan 12 Februari 2019 maka sesi latihan untuk SUKANTARA telah berjaya dilaksanakan. Pada 13 Februari 2019, SUKANTARA antara rumah sukan diadakan. Ianya melibatkan 4 Rumah Sukan iaitu RUMAH HIJAU, KUNING, BIRU dan MERAH. Pertandingan SUKANTARA melibatkan 2 acara utama iaitu LOMPAT JAUH dan LARIAN 100M (LP) Kategori P15, L15, P18 dan L18.
Acara AWAL telah diadakan pada 14 Februari 2019, bersamaan hari Rabu. 4 acara awal adalah seperti LOMPAT JAUH, LONTAR PELURU, dan 4 X 400m (L dan P )
Kemuncaknya ialah KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-16 yang telah dilaksanakan pada 15 Februari 2019 bersamaan hari JUMAAT. Acara dipertandingkan adalah seperti 200 meter, 400 meter, 800 meter, 4 x 200, 4 x 400 dan Lompat Jauh.
Semua acara telah berjaya diselesaikan, namun oleh kerana berlaku penambahan acara iaitu ACARA AWAL yang dibawa ke hari ini maka berlaku kekangan masa. Majlis Penyempaian Hadiah terpaksa ditangguhkan kepada HARI ISNIN. Bagi pihak pengurusan kejohanan pada tahun ini, saya berharap masalah seperti ini perlu dielakan pada masa hadapan. Beberapa penambahbaikan telah dikenalpasti dan akan diambil tindakan sewajarnya.
Walau apa pun permasalahan yang timbul, Unit Kokurikulum SUPER telah berjaya mengesan ATLET yang boleh diberi latihan sewajarnya bagi menyahut cabaran KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD ROMPIN pada bulan MAC nanti.